welcome to NANA ELYANA blog . not perfect but i try do the best .
CURHAT !,
Apabila gembira kita menikmati muzik . namun saat bersedih kita memahami lirik
nana elyana: ~Ketika Bunga Di Taman Sebelah Lebih Indah~

click for more information

February 18, 2013

~Ketika Bunga Di Taman Sebelah Lebih Indah~

Setiap orang pasti mendambakan pasangan yang idaman yang sempurna. Entah sempurna itu dilihat dari segi akhlak mahupun paras ataupun kriterianya yang lain. Orang cantik takkan habis menghiasi dunia. Orang tampan pun akan sentiasa ada. Anak-anak yang comel akan membesar menjadi manusia dewasa yang menarik, cantik dan tampan. Walaupun tak menggoda, ada sahaja hati yang akan tergoda melirik, bahkan menginginkan. Walaupun telah ada seseorang yang setia mendampingi. Cinta datangnya dari hati kerana cinta berkaitan keserasian hati dua insan. Ketika kita telah menemuinya, maka jagalah dengan berusaha sekuat hati. Jagalah hati pasanganmu. Jika kita inginkan jodoh terbaik maka jadilah yang terbaik kerana jodoh itu sebahagian daripada kita Allah akan berikan pasangan yang terbaik kepada hambannya, walaupun kadangkala tidak sama dengan doa yang dipanjatkannya. Apa alasan Allah sebenarnya? kerana : “Adalah lebih baik jika Aku memberikan kepadamu seseorang yang Aku tahu dapat menumbuhkan segala ciri – ciri yang engkau cari selama ini daripada membuat engkau membuang waktu mencari seseorang yang sudah mempunyai semua kriteria yang kamu inginkan itu. Pasanganmu akan berasal dari tulang dan daging kita sendiri , dan kita akan melihat diri kita sendiri di dalam dirinya dan kita berdua akan menjadi satu. Pernikahan adalah seperti sekolah, suatu pendidikan jangka panjang. Pernikahan adalah tempat dimana kita dan pasangan kita akan saling menyesuaikan diri dan tidak hanya bertujuan untuk menyenangkan hati satu sama lain. Tetapi untuk menjadikan kalian manusia yang lebih baik, dan membuat suatu kerjasama yang solid. Aku tidak memberikan pasangan yang sempurna karena engkau tidak sempurna. Aku memberikanmu seseorang yang dapat bertumbuh bersamamu.
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (QS. Al-Baqarah: 216)
Suatu pernikahan seharusnya membuat hati tenang selama qanaah menghiasi hati. Apa ertinya ucapan, “Aku meminangmu kerana agamamu…” jika ternyata setiap makhluk cantik yang boleh membuat mata seorang suami melotot. Apa ertinya ucapan, “Aku menerima pinanganmu kerana agamamu…” jika masih mengagumi ketampanan atau harta benda yang dimiliki lelaki lain. Tiada manusia yang sempurna. Jika suatu pernikahan itu syaratnya harus membuatkan orang sempurna, maka mungkin tidak ada pernikahan yang berjaya di dunia ini. Ketidaksempurnaan pasangan tidak harus menjadikan alasan dalam pernikahan. Banyak hal di dunia ini yang tetap boleh berjalan walaupun tak sempurna. Bahkan kesempurnaan tak pernah menjamin kebahagiaan. Jika telah ada seseorang yang mendampingimu, maka ialah yang terbaik. Jika “milik” orang lain nampak lebih baik, yakinlah bahawa itu bukan yang terbaik untukmu, kerana memang Allah tidak menaqdirkannya untukmu. Jika Allah telah takdirkan, jagalah semampumu. Dunia ini hanya ujian, bersabarlah.
Jika kita mencintai seseorang jagalah hatinya.. Jangan pernah kita sakiti hatinya Rawatlah hatinya dengan cinta yang ada di dalam hatimu.. Siramlah dengan air asmara jika hatinya kering Cinta tidak akan abadi jika diantara kita Tak memiliki rasa perhatian dan pengertian dan Cinta akan hancur Jika kau panah dengan busur ego dan cemburu mu.. Jagalah hati pasangan kita masing – masing Dengan seluruh jiwa ragamu bila kita benar2 mencintainya dan cinta juga boleh memberikan semangat.. Tapi cinta juga boleh menyakitkan bila menusuk hati.. bahkan sakitnya melebihi tubuh yang tertusuk pisau.. kerana cinta telah menyembunyikan pisaunya.. janganlah sekali – kali engkau bercinta bila kau tidak tahu apa erti cinta yang sesungguhnya.. kerana jika kau tidak tahu apa erti cinta yang sesungguhnya, maka bukan cinta abadi yang kau dapatkan.. melainkan hanya sakit hati yang mendalam yang kau dapat. Kerana cinta itu hanya kebahagiaan sesaat apabila kau tak tahu erti cinta yang sesungguhnya..
Memang kadangkala bunga ditaman sebelah itu kelihatan lebih indah… tetapi sebenarnya bunga ditaman sendiri itu lebih berharga.. Jagalah bunga yang telah kita miliki janganlah disia-siakan ia kerana kita akan sangat menyesal ketika kita telah kehilangannya…
Thanks for reading this. LIKE it if you like. Do comment too♥

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...